Malaysia terletak satu hingga tujuh darjah ke utara garisan khatulistiwa. Negeri Melaka, salah satu dari empat belas negeri dalam Malaysia, terletak di Barat Daya Semenanjung Malaysia mengadap Selat Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Selatan.
Keluasan Melaka adalah 1,650 kilometer persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Ibu negerinya Bandaraya Melaka.Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).
Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
§ Bangsa Melayu: 50%
§ Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
§ Bangsa India, termasuk segolongan kecil bangsa Chitty
§ Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao(sejenis dialek Portugis yang lama).