IKLAN PENAJA

LOKASI POPULAR

Persiaran Jonker
     Persiaran Jonker (Inggeris: Jonker Walk) yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka.Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri.

     Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.



Villa Sentosa
     Villa Sentosa ialah sebuah rumah yang terletak di Kampung Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Dibina pada suku pertama abad ke-20 dengan gaya reka bentuk sezaman, rumah itu kemudian dijadikan sebuah muzium persendirian oleh pemiliknya, Tuan Hj. Hashim bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani.

     Villa Sentosa mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang membawa pelawat kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah British 1920". Para pelawat boleh melihat koleksi pakaian, tenunan Melayu, perabot, senapang, dan pelbagai lagi tinggalan sejarah yang unik.








Taman Mini Malaysia
       Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean.Taman ini merupakan sebuah kompleks tema membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.

     Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.



Taman Mini Asean
     Taman Mini Asean , Ayer Keroh terletak bersebelahan dengan Taman Mini Malaysia.Taman Tema ini mengandungi rumusan elemen-elemen budaya unggul yang terdiri dari negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Brunei.

     Pengunjung akan memperolehi sejarah dan budaya negara-negara ASEAN berdasarkan ciri-ciri rumah yang dibina dengan penuh terperinci.



Hutan Rekreasi Ayer Keroh
     Hutan Rekreasi Ayer Keroh terletak di Lebuh Ayer Keroh menuju ke Lebuhraya Utara selatan dan terletak di kawasan perlancongan Ayer Keroh bersama Zoo Melaka , Taman Mini Malaysia dan banyak lagi.

     Di sini suasana yang aman tenteram hutan tropika menanti untuk diteroka.Masih belum terusik bagi membolehkan pelawat untuk benar-benar mengalami perjalanan di syurga tropika dunia.

     Pokok-pokok yang dilabel membuatkan ia serba menyeronokkan lagi ilmiah untuk pembelajaran segera di dalam flora dan fauna Malaysia yang kaya dengan pelbagai khazanah. Ia merupakan satu tempat yang amat sesuai untuk merentas hutan, memanjat gunung, berjogging dan berbasikal.



Zoo Melaka

Tambah kapsyen
     Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.


     Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.


     Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.

Safari malam

     Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.

Rancangan pembiakan

     Zoo Melaka menjalankan beberapa program untuk memelihara spesies yang terancam, seperti pembiakbakaan kurungan (pembiakan dalam kurungan) dan penyelidikan. Pembiakbakaan kurungan yang berjaya dijalankan di Zoo Melaka termasuk harimau belang, harimau kumbang, cipan, kambing gurun, kijang dan rusa.


     Badak Sumatera (Dicerorhinus sumatrenesis) yang dahulunya banyak kini terancam dan kini tinggal kurang daripada 300 ekor sahaja. Hasil kajian DNA ke atas lebih daripada 130 ekor harimau dan kulit harimau, Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis) telah dikenal pasti dalam tahun 2004 sebagai satu sub-spesies keluarga harimau belang. Zoo Melaka telah membiakkan lebih 40 anak Harimau Malaya dan telah dihantarkan ke zoo di Amerika Syarikat (San Diego), Jerman dan Australia serta lain-lain Zoo di Asia



Taman Rama-rama
     Taman Rama-Rama Melaka terletak di Ayer Keroh,Melaka.Taman ini merupakan satu taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif dengan berbagai-bagai spesies tempatan termasuk yang jarangkali ditemui iaitu Raja Brooke dan Sayap Burung.

     Terdapat juga koleksi lebih dari 400 jenis spesimen serangga. Tempat ini wajar di kunjungi kita dedahkan dengan dunia Rama-Rama dan Habitatnya.