IKLAN PENAJA

PENGANGKUTAN

                 Keretapi

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang paling hampir dengan Bandaraya Melaka.  Stesen keretapi ini juga dikenali sebagai Tampin memandangkan ia terletak bersempadan dengan pekanTampin Negeri Sembilan.Oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang.Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah stesen Tebong tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaiktaraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. 


Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar,Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.

Projek landasan keretapi berkembar elektrik antara Seremban dan Gemas akan berlakunya perpindahan stesen Pulau Sebang dan Batang Melaka. Stesen KTMB Pulau Sebang yang baru akan dipindahkan kira-kira 300 meter ke arah selatan stesen sekarang dan dilengkapi dengan perhentian bas dan teksi. 


Apabila siapnya kelak kemungkinan akan dinamakan Pulau Sebang Sentral.. Pihak KTMB sedang menjalankan kajian yang serius untuk membuka semula laluan keretapi dari Tampin/Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka melalui program landasan berkembar elektrik. 


Pada dasarnya pihak KTM bersetuju untuk membina landasan keretapi elektrik ke Melaka sehingga Batu Berendam sahaja. Laluannya dari Pulau Sebang melalui Kg. Arongan, Tg Rimau, Gadek, Seri Pengkalan ,Alor Gajah, Melaka Pindah, Durian Tunggal, Kg. Gangsa dan berakhir di Batu Berendam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).





           Jalan raya


Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) membolehkan Melaka diakses dari semua negeri di Malaysia. Perjalanan ke Melaka mengambil masa satu jam setengah melalui jalanraya dari Kuala Lumpur dan lebih kurang tiga jam dari Singapura.         
Jika anda melalui lebuhraya sama ada dari utara atau selatan anda mempunyai dua pilihan yaitu mengunakan susur masuk simpang Ampat atau melalui susur masuk Air keroh.

       Andainya anda melalui jalan raya biasa dari utara anda boleh melalui Port Dickson- Kuala Sungai baru, Rembau-Tampin, Atau pun melalui Rantau-Lubuk China.

       Seandai anda dari Selatan anda akan melalui laluan Muar-Umbai. Kepada penguna dari timur anda boleh melalui laluan Muadzam-Segamat atau Muadzam –Tampin. Seandainya melalui laluan tadi anda pasti terpesona dengan keindahan pemandangan kampung dan ladang.











Lapangan Terbang Batu Berendam

      Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka. Adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Melaka, Malaysia.Lapangan Terbang Malaka  terletak pada kedudukan Latitud N02* 15.7760', Longitud E102* 15.1417' pada ketinggian 10.67 meter dari aras laut.

       Di satu masa dahulu Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka merupakan satu lapangan terbang kecil yang hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.

       Lapangan terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia yang pertama iaitu 31 Ogos 1957.

     Dengan kepesatan Melaka kini lapangan terbang bersejarah ini bolih menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320. Kini ia dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Menerima penerbangan terus dari Pekanbaru.